Dalam pematuhan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA 2010”) dan peraturan-peraturannya, Notis Data Peribadi ini (“Notis ini”) menerangkan bagaimana Tetuan Nik Hussain & Partners (“Firma kami”) menggunakan Data Peribadi anda (sepertimana yang didefinisikan di bawah) dan anda akan dimaklumkan mengenai hak-hak anda berkenaan dengan Data Peribadi anda yang telah dan/atau akan dikutip dan diproses oleh Firma kami.
Menurut peruntukkan Seksyen 7(3) PDPA 2010, Notis ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat ketidakkonsistenan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.
Dengan melantik Firma kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda atau dengan berkomunikasi dengan Firma kami atau dengan menggunakan laman web Firma (http://www.nhp.com.my) (“Laman Web kami”), anda bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi anda oleh Firma kami dan semua individu yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak Firma kami, sepertimana yang dinyatakan dalam Notis ini.
Firma kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda mana-mana terma Notis ini pada bila-bila masa dengan memuatnaik Notis yang dikemaskini di Laman Web kami. Dengan meneruskan komunikasi dengan Firma kami atau dengan terus menggunakan perkhidmatan Firma kami selepas pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, ianya adalah dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan Notis ini.
Pengutipan dan Sumber Data Peribadi
- “Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda yang anda telah berikan kepada Firma, kami seperti nama, alamat, nombor telefon, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, alamat e-mel, keutamaan peribadi anda, butir-butir pasangan atau ahli-ahli keluarga anda dan maklumat bank akaun dan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, pasangan atau ahli-ahli keluarga anda yang telah atau akan dikutip, disimpan, digunakan dan diproses oleh Firma kami dari semasa ke semasa.
- Tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada Firma kami secara langsung (iaitu semasa anda berkomunikasi dengan Firma kami dan/atau apabila anda melantik Firma kami untuk menyediakan perkhidmatan), Firma kami juga mungkin mengutip Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada, di sebarang acara yang diatur atau ditaja oleh Firma kami, daripada cookies yang digunakan di Laman Web dan/atau diperoleh sendiri oleh Firma kami atau diberikan kepada Firma kami oleh sumber-sumber sah yang lain.
Kesan Tidak Memberi Data Peribadi
- Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda, Firma kami mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan anda, menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan, atau memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berkaitan dengan latihan amali, latihan dalam kamar atau penggajian anda yang berpotensi dengan Firma kami.
Tujuan Pengutipan dan Pemprosesan
- Firma kami boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta dan untuk aktiviti-aktiviti dan/atau perniagaan Firma kami yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:-
- untuk berkomunikasi dengan anda;
- untuk menjawab soalan-soalan dan komen-komen daripada anda;
- untuk menilai kesesuaian permohonan anda untuk latihan amali, latihan dalam kamar atau penggajian;
- untuk tujuan pentadbiran dalaman;
- untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi keperluan-keperluan undang-undang dan kerajaan;
- untuk Firma kami mematuhi obligasi-obligasi di bawah undang-undang, termasuk pematuhan dengan undang-undang yang berkaitan dengan keterangan;
dan anda bersetuju dan mengizinkan Firma kami untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda menurut cara sebagaimana yang dikenalpastikan dalam Notis ini.
Tujuan Lain
- Firma kami juga boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain seperti:-
- Untuk menyediakan dan/atau menjana Tax Invoice dan/atau bagi tujuan penyediaan bill bagi Perkhidmatan Guaman oleh Firma kami kepada anda ;
- Jika anda tidak mengizinkan Firma kami untuk memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan dalam perenggan 5, sila maklumkan Firma kami dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 10 di bawah.
Pemindahan Data Peribadi
- Oleh disebabkan kemungkinan kemudahan penyimpanan data dan/atau teknologi maklumat dan/atau pelayan Firma kami terletak dalam bidang kuasa lain, Data Peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa selain daripada di Malaysia. Selanjutnya, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan keluar dari Malaysia untuk tujuan-tujuan sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan 5(3) di mana penerbitan dan jurnal undang-undang bertaraf dan/atau pelanggan-pelanggan berpotensi berada di luar Malaysia. Anda memahami dan mengizinkan kepada pemindahan Data Peribadi anda keluar dari Malaysia sebagaimana yang diperihalkan di sini.
Pendedahan kepada Pihak Ketiga
- Firma kami boleh melantik syarikat-syarikat, penyedia-penyedia perkhidmatan atau individu-individu lain untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihak Firma kami, dan sebagai akibat boleh memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga termasuk, tetapi tidak terhad kepada, seperti yang disenaraikan di bawah:-
- penyedia-penyedia perkhidmatan teknologi maklumat;
- penyedia-penyedia perisian perakaunan dan kakitangan mereka;
- penyedia-penyedia perkhidmatan kemasukan data;
- penyedia-penyedia kemudahan simpanan;
- bank dan institusi kewangan;
- penyedia-penyedia insurans;
- sebarang penasihat profesional dan juruaudit luar;
- pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi keperluan-keperluan undang-undang dan arahan kerajaan sedia ada.
Akses & Permohonan Pembetulan dan Pertanyaan
- Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang diguna pakai, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini memohon:-
- untuk akses kepada Data Peribadi anda;
- untuk pembaikan atau pembetulan Data Peribadi anda;
- untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda; atau
- untuk memohon maklumat lanjut daripada Firma kami berkenaan pemprosesan Data Peribadi anda.
- Anda boleh membuat permohonan yang dinyatakan di perenggan 9 di atas dengan menghubungi:-
Tetuan Nik Hussain & Partners
Aras 27, Menara KH,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Emel: general@nhp.com.my
- Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, Firma kami berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan kepada Data Peribadi anda atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti termasuk dalam situatsi di mana kos pemberian akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda.